Wanita tidak dapat dipisahkan dengan perhiasan barangan kemas. Tidak kira mutiara, emas mahupun permata, ini adalah perhiasan yang menjadi dambaan setiap wanita.
Orchid, satu jenama pembersih khusus wanita, telah menjadikan impian tiga wanita “Power Girls” menjadi kenyataan apabila menghadiahkan mereka dengan perhiasan barangan kemas daripada Habib jewels
Barangan kemas yang bernilai RM 4,180 berkenaan adalah ganjaran yang diberikan kepada para pemenang peraduan “Power Girls”. Peraduan ini dijalankan di Facebook rasmi Orchid bagi menghargai kesetiaan dan keyakinan para penggunanya terhadap jenama permbersih wanita ini.
Pemenang tempat pertama, Puan Norain menerima seuntai rantai emas yang bernilai RM 1,815 manakala pemenang tempat kedua, Puan Noor Syazana Othman, menerima seuntai rantai emas yang bernilai RM1,400. Bagi pemenang tempat ketiga, Puan Rogayah Abdullah, beliau membawa pulang sebentuk loket dengan nilai RM 965.
Pembersih wanita Orchid menggabungkan herba tradisional terbaik dan telah terbukti secara dermatologi mempunyai kandungan PH yang seimbang bagi kebersihan bahagian dalaman yang efektif. Rangkaian produk ini diperkaya dengan kandungan herba yang bermanfaat seperti Manjakani, Kacip Fatimah dan juga daun sirih. Rangkaian produk Orchid sangat popular bagi mereka yang mencari penyelesaian moden tetapi masih mahu mengekalkan bahan-bahan tadisional yang terbukti berkesan.
Menurut Pengurus Produk Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angelin Sim, peraduan ini diberi nama “Power Girls” kerana para pengguna di media sosial,terutama di laman facebook rasmi Orchid telah memberi maklum balas yang baik dalam menyampaikan mesej berkenaan isu memperkasakan wanita.
“Produk kami menggabungkan bahan-bahan tradisional serta moden, seperti sahaja peraduan “Power Girls” yang menggabungkan mesej memperkasakan wanita dengan hadiah yang cukup feminin tetapi disertakan dengan elemen tradisional, iaitu barangan kemas. Ini menarik minat para pengguna kami yang merupakan wanita moden tetapi masih dengan nilai-nilai tradisional,” kata Cik Sim.
“Kami benar-benar gembira kerana rangkaian produk serta peraduan ini menerima sokongan padu oleh pengguna Orchid. Kami telah menerima banyak penyertaan. Pembersih wanita Orchid dirumus khas bagi meningkatkan kesegaran, mengurangkan rasa kelekitan serta menjadikan wanita lebih yakin. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta,” kata Angeline.
Kesemua wanita bertuah berkenaan amat teruja apabila mereka diumumkan sebagai pemenang.
Puan Norain Hasan, guru berumur 26 tahun dari Johor Bahru berkata Orchid telah merealisasikan impian beliau.
“Saya sangat menyukai pembersih wanita Orchid dan varian kegemaran saya adalah Anggun. Ia membantu saya memutihkan serta menjadikan saya seorang wanita sejati. Saya memang penggemar barangan kemas daripada Habib Jewels dan selalu menginginkan sekurang-kurang nya satu perhiasan barangan kemas jenama ini. Terima kasih Orchid kerana menjadikan impian saya satu kenyataan,” kata Puan Norain.
Bagi Puan Noor Syazana, surirumah berumur 26 tahun dari Seri Kembangan yang merupakan pemenang tempat kedua, kemenangan ini disertakan dengan rasa syukur dan percaya bahawa sokongan beliau terhadap Orchid telah dihargai.
“Saya merupakan pengguna setia rangkaian produk ini dan ia menjadikan saya rasa lebih hebat sebagai seorang wanita dan saya tidak akan memilih jenama pembersih wanita yang lain. Terima kasih Orchid kerana menghargai segala sokongan saya selama ini,” kata Puan Noor Syazana.
Puan Rogayah Abdullah, seorang surirumah berumur 29 tahun, beliau sungguh terharu dengan kemenangan ini kerana baru sahaja melahirkan anak kedua beliau minggu lalu.
“Saya menerima dua berita baik sekaligus dan saya sungguh gembira. Dengan kemenangan serta kelahiran anak kedua saya betul-betul membuatkan saya rasa sungguh bertuah,” kata Puan Rogayah.
Harga dan Kebolehdapatan Produk
Orchid didatangkan dengan tiga jenis varian, Romantis, Intim dan Anggun. Kandungan botol 210ml dijual pada harga RM4.75 setiap satu dan terdapat di kesemua pasar raya dan rangkaian runcit di Malaysia.